Thursday, March 19, 2009

Bila kita rasa serasi

Hubungan sesama Muslim diikat dengan kalimah Allah Taala. Maka hubungan tersebut menjadi manis dan bernilai, maka dalam membina dan mengutuhkan perhubungan tersebut, ujian akan didatangkan dengan pelbagai rupa dan wajah. Ujian seperti didatangkan kepda sahabat dan kewajipan kita untuk menegurnya, Ya Allah betapa beratnya untuk menegur. Dan kita bukan sahabat yang sebenar jika tidak mampu berbuat demikian, membiarkan sahabat melakukan kesalahan, ya walaupun kecil. Dan ada juga telah ditegur-tegur tetapi sahabat tetap melakukan perkara yang sama, maka itu juga ujian berat yang perlu dipundakkan.

Bila kita rasa serasi maka kita akan luahkan segalanya kepada sahabat, terkadang luahan yang sama, tapi moga sahabat tidak merasa jemu untuk mendengar, mungkin kerana keseronokan atas perkara yang berlaku maka cerita itu diulang-ulang. Bila kita rasa serasi maka segala cerita ingin dikongsi bersama demi menunjukkan rasa sedih, suka yang dialami. Moga sahabat juga memahami situasi yang ingin disampaiakn oleh sahabat. Payah untuk serasi atau kacip dengan sahabat. Apabila sudah kacip maka segala masalah dapat disetle bersama.

Bila sudah serasi kita terasa amat payah untuk melepaskannya pergi, walau bertukar tempat kerja, atau berpindah tempat, pastinya kesedihan akan melanda. tetapi pastikan keserasian tersebut bersama sahabat yang boleh membentuk ke arah kebaikan bukan sebaliknya.

Bagi sahabat yang merasakan dirinya sentiasa benar walau ramai orang mengatakan itu salah, berat juga untuk menegur tapi perlu juga ditegur, maka tegurlah sekadar yang perlu ditegur walau dimana peringkat sahabt itu berada, jangan meletakkan kesalahan yang dilakukan sahabat itu besar kiranya kita tidak mampu untuk mengubahnya. Semua manusia berhak untuk berubah jika kita memberi peluang kepadanya. Walau berat untuk menegur tapi ia perlu kerana kita tidak akan gembira kiranya sahabat kita terus berada dalam kesalahan. Berdoalah untuk sahabat dari sahabat demi keserasian yang kita pertaruhkan bersama.

No comments: