Monday, March 2, 2009

Bukan dari kalangan kami yang menghunus senjata di hadapan saudara muslimnya

Maksud hadith: Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: Sesiapa yang menghunus senjata kepada kita, maka ia bukan dari kalangan kami.

(menghunus senjata kepada kita) adalah kiasan dari perbuatan hendak membunuh. Ini menjadi dalil dan penekanan hukum haram membunuh sesama muslim.

(Bukan dari golongan kami) Maksudnya bukan di atas jalan kami atau pengikut kami, kerana hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ialah menolongnya bukan menakutkannya.

Keterangan hadis:

Agama Islam menekankan hidup aman damai, sesuai dengan namanya Islam bermakna selamat dan sejahtera.Oleh yang demikian agama ini menjadikan seorang muslim itu haram darah, harta dan penghormatannya atas muslim yang lain. Maka tidak halal bagi seseorang untuk merampas dari sesama muslim sedikitpun dari hal-hal tersebut. Menumpahkan darah seorang muslim malah menghunus senjata sahaja sudah dianggap sebagai dosa besar oleh Allah Taala di dalam kitabNya dan Rasulullah S.A.W dalam sunnahnya. Allah Taala berfirman dalam sura An-nisa' ayat 93 yang bermaksud:
:Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan senjata dengan segaja, maka balasannya ialah jahannam. Kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.

Islam melarang seseorang untuk berisyarat atau mengacukan senjata dan yang sejenisnya kepada sesama muslim, pelakunya tidak akan diakui oleh nabi S.A.W sebagai umatnya, bahkan akan mendapat laknat dari malaikat, sebagaimana di dalm hatis lain yang diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Maksudnya: Barangsiapa berisyarat kepada kepada saudaranya dengan mengacukan besi, maka malaikat melaknatnya, meskipun dia adalah saudaranya seayah atau seibu. -Riwayat Muslim

Islam juga melarang seseorang membawa senjata di tempat umum dalam keadaan terbuka atau terhunus.

Islam juga melarang saling mengejek, mencela, memberikan julukan yang jelek, sangka buruk, tajassus (mengintai) dan ghibah (mengumpat), kerana itu semua kadang-kadang menjadi punca terjadinya permusuhan dan yang tidak jarang berakhir dengan pertumpahan darah.

Justeru itu hadis ini melarang seseorang muslim yang lain seolah-olah senjata boleh menakutkan orang dan menimbulkan kegerunan. DIharamkan menghunus senjata dalam keadaan bergurau dan sebenar. Ia menjadi dalil bahawa haram hukumnya menghunus senjata kepada sesama muslim lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk berbunuhan sehingga ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang menyebabkan Nabi S.A.W berlepas diri darinya.

No comments: