Thursday, March 26, 2009

'beri salah, tak beri kalah'

Utusan Melayu 25/03/09, antara kata-kata yang diucapkan oleh TPM Malaysia. Kata-kata ini kata-kata dari sumber Tok Guru Nik Aziz, maka para pemimpin UMNO menjadikan TokGuru sebagai idola secara tak langsung. 'Beri salah, tak beri kalah, maka UMNO dalam serba-salah, kata-kata Tok Guru kepada jentera pilihanraya di PUTIK, Pengkalan Chepa.

Malam tadi, aku mengikuti ceramah oleh Saudara Mad Sabu di Padang Daerah Ketereh, banyak isi-si yang aku kutip dari kalam beliau. Kiranya Malaysia yang aman ini terus mengamalkan demokrasi yang sebenar (pure-demokrasi) maka semburan air beracun dan gas pemedih mata tidak akan berlaku. Walau permit polis tidak diperolehi. Para pendengar dan penyokong akan beredar dengan baik dan aman. Siapa yang mencetus kontroversi kecuali pihak polis, kesian juga kepada polis yang berpangkat rendah hanya mendengar arahan dari atasan. Maka yang atasan mendengar dari pucuk pimpinan. Aku pernah terlekat dalam kesesakan lalulintas semasa berkempen di Kuala Terenganu, ingin ku tanyakan kepada polis trafik kenapa jalan ditutup, belum sempat persoalan tersebut keluar dari mulut, polis trafik terus membenarkan kami melalui jalan yang disekat tadi, dan terdengarlah oleh telingaku perbualan antara mereka yang hanya mengikut arahan atasan. Kesian melihat mereka, tapi apa kan daya untuk melawan pasti mereka akan dibuang kerja.

Saudara Mad Sabu yang kita kenali pernah ditahan di bawah ISA, akta yang kita takuti jika kita kena, tapi itulah perjuangan, mana mungkin pimpinan UMNO dikenakan ISA, hanya pembangkang. Mana mungkin mereka mengenali erti perjuangan dalam parti, walau hanya untuk mengangkat martabat 'melayu'. Sepatutnya Melayu tidak akan sesekali terpinggir, tapi Melayu tetap terpinggir. Aku pernah berbual dengan pemandu teksi di Pulau Pinang yang semasa itu Gerakan mengetuai pentadbiran Pulau Pinang. Tanah orang Melayu diambil untuk dijadikan kondominium dan hotel dan dijanjikan menggantikan tanah atau rumah yang lebih baik, tetapi apa yang dijanjikan tidak dipenuhi sebaiknya. Mereka hanya dapat sebuah rumah flat yang tidak seberapa keadaannya. Dan bagaimana keadaan pekerja kilang yang sebahagian besarnya pekerja Melayu, bangsaku tertindas di bumi sendiri. Itu tidak kualami di negeriku Kelantan. Tapi itu hakikat yang perlu ditelan. Bagaimana UMNO membangunkan bangsanya? tapi melayu di utara dan selatan terus ditindas.

Tahniah kepada pimpinan UMNO baru yang baru melepasi target, dan menjadi pilihan perwakilan, sepatutnya anda bersama perjuangan Islam yang berlabelkan PAS di Malaysia.

No comments: