Wednesday, March 18, 2009

Di ambang pemilihan

Sekarang ini kita membaca dan mendengar pelbagai berita di negara yang aman ini, penculikan YB, gejala rasuah di kalangan pimpinan UMNO, masalah sikap dan seumpamanya. Benar-benar mencalar sikap sebenar melayu yang terkenal baik budi pekertinya dan lemah-lembut yang dipertuturkan umat dunia. Semasa aku menuntut di tanah arab, kami pelajar Malaysia digelar 'ahsana an-nas' iaitu manusia yang paling baik. Kerana bangsa Melayu yang berpekerti mulia. Tetapi kemuliaan tersebut rupanya dicalar jua akhirnya. Ali rustam satu seketika dahulu pernah melarang rakyat Melaka dari melawat negeri Kelantan dan menarik semula larangannya akhir tahun lepas. Sekarang menerima bahana yang perit untuk ditelan buatnya. Ini adalah contoh pimpinan UMNO tunjukkan kepada kita. Inikah rupa sebenar yang tidak dijelmakan sepenuhnya dari parti melayu ini?

Maka perjuangan kita bukan berteraskan race tetapi agama. Islam yang diperjuangkan di sini. Jika hudud tidak dapat dihukumkan sekarang tetapi tujuan ke arah itu sedang berjalan dan akan berjalan hingga ke titisan darah yang terakhir. Jangan kita berputus asa dengan perjuangan yang telah di rintiskan oleh generasi terdahulu, jangan tinggalkan parti Islam ini tetapi perbaiki dan perbaiki demi kesatuan yang kita perjuangakan.

Jawatan tidak sesekali diminta dan diinginkan kerana kita takut kiranya jawatan tersebut boleh menjatuhkan kita. Nasihat Rasulullah kepada sahabatnya agar tidak meminta jawatan, kiranya kita tak mampu maka jangan cuba-cuba untuk dilantik. Kiranya dilantik jangan cuba untuk menolak kerana itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan, pimpinan mengetahui kenapa kita dilantik kerana ia di syura bersama.
Semoga apa-apa jawatan yang dipikul oleh kita dilangsai sebaiknya, moga Allah bersama kita dalam membawa amanah ini.

No comments: