Monday, March 23, 2009

Memenangkan orang?

Sabtu lepas selepas menemankan Ketua Lajnah Penerangan DMPNK merasmikan Mesyuarat Muslimat Kawasan Ketereh, aku dan sahabat berlepas ke Perak membawa kereta Wira. Perjalanan dari Kelantan ke Perak alhamdulillah bergerak dengan baik. Cuma kami diuji dalam perjalanan apabila kembali ke Kelantan keesokannya harinya. Suhu kereta naik secara mendadak, kami berhenti di tengah jalan ditengah hutan, alhamdulillah ada kenderaan tentera yang membantu kami. Maka kami terpaksa memandu dalam lingkungan 70 ke 80 km sejam. Memang menyeksakan tetapi terpaksa juga kami lalui. Mungkin itu adalah ujian untuk memenangkan Perak, ye siapa tahu hanya Allah yang mengetahuinya.

Semasa aku bertugas membantu jentera pirlihanraya di Terengganu, aku turut mengalami kemalangan jalanraya, melanggar motorsikal, dan terpaksa membayar kerugian yang dialami oleh pembonceng motorsikal tersebut. Dan rupa-rupanya Kuala Terengganu dapat kemenangan, dan bukan aku sahaja yang mengalami kejadian-kejadian yang menguji kami, ujian didatangkan demi sebuah kemenangan?

Maka dalam menghadapi situasi bagi memenangkan Parlimen Bukit Gantang ini, kita jangan mudah terlupa untuk munajat kepadaNya. Zikir perlu sentiasa menghiasi bibir dan hati hati agar kita tidak lupa dan pergantungan kepada Allah sentiasa bertali.
Dan dalam memenangkan negeri orang, jangan sampai negeri sendiri tergadai di tangan orang lain. Ingat peperangan di zaman Rasulullah, satu panduan kepada kita, Perang Uhud yang mahsyur kerana muslimin kalah kerana tidak wala' kepada pimpinan tertinggi iaitu Rasulullah S.A.W. Pesanan agar tidak meninggalkan tem[at memanah tidak dipatuhi maka kekalahan yang dialami oleh tentera Islam. Apabila keluar dari Kelantan jangan sampai tidak berpatah kembali. Kita masih menerajui Kelantan dan aulanya kita berhak mempertahankan Kelantan. Maka jika keluar untuk berjuang di medan pilihanraya ini perlu ada restu dari semua pihak yang terbabit dengan kita. Restu mereka adalah redha dari Allah Taala. Maka di sini aku meletakkan wala' adalah suatu yang amat penting kerana ia adalah rukun baih yang sepuluh. Juga sebagai petugas parti Islam, fiqh aulawiyat perlu diperdalami secara efektik. Moga kita dalam memahami bagaimana situasi kita di mana saja kita berada, sebagai pimpinan atau ahli.

No comments: