Monday, October 5, 2009

Amanah dalam bersahabat

Pergaulan dalam bentuk sahabat kerana lebih dekat dan rapat memerlukan komitmen yang sedikit memakan masa juga perasaan. Perempuan biasanya suka simpan ceritanya tetapi kalau cerita kawannya suka sangat untuk dirinya menghebahkan kepada orang lain. Itu menurut cerita ramai, dan pandangan masing-masing. Terkadang naluri seorang yang bernama wanita ini susah untuk di duga. Aku seorang perempuan dan aku terkadang keliru dengan ragam sahabat-sahabatku yang bernama perempuan ini. Aku rasa dalam persahabatan ini aku melakukan yang terbaik untuk mereka, kiranya ada terasa mungkin tidak disengajakan perbuatan tersebut.


Aku melihat, mungkin firasatku, perempuan akan tidak menjadi perahsia bersama manusia yang bernama lelaki, terkadang rahsia yang sahabatnya perempuan perlu dirahsiakan dia membukanya secara semborono kepada pihak lelaki. kemungkinan lelaki itu boleh menyimpan rahsia atau sebaliknya. Tidakkah akan menimbulkan perbalahan? Itu paling tidak kumengerti. Hidup ini penuh persoalan rupanya, rakan atau sahabat yang kukenali terkadang seperti yang tidak aku kenali. Kenapa? kerana cerita-cerita yang timbul sebalik rahsia perlu dirahsiakan. Teringat pula aku pada sebuah hadis Rasululllah SAW yang bermaksud sesiapa yang membuka aib sahabatnya maka Allah akan membuka aibnya di akhirat kelak. Peranan sahabat adalah menutup aib sahabatnya bukan membeleknya di depan manusia yang bernama lelaki khususnya.


Terkadang sikap kita cepat untuk percaya, terkadang berita datang dari orang luar yang kita tidak kenali hati budinya seratus peratus. Kemungkinan berita itu benar tetapi sekurangnya kita perlu juga merujuk berita tersebut dari sesiapa. "Apabila datang sesuatu berita maka siasatlah dahulu" mafhum dari firman Allah Taala. Hak-hak kepada kebenaran perlu diberikan bukannya menerima segala yang datang kepada kita dengan anggukan seratus-peratus. Allah berikan kita akal untuk berfikir bukan hiasan cuma. Akal untuk melahirkan rasa dan buah fikiran yang logik lagi terarah bukan tersasar. Mengapa cepat untuk mengeluarkan yang ada dalam hati sebelum merisik perasaan itu secermat yang mampu. Kita terlalu gelojoh untuk berkata apa yang ada dalam hati tanpa melihat siapa di depan kita. Kita boros untuk mengeluarkan kepercayaan sahabat kita kepada mereka yang kita cuba untuk bermain hati dengannya dan hatinya hanya untuk kita?


Kita bermain dengan perasaan orang atau sahabat yang punyai hati juga seperti kita, kalau kita tidak cermat dengan perasaan sahabat maka jangan terasa kiranya suatu hari kita akan diperlakukan seumpama kita melakukan sedemikian kepada sahabat atau lebih lagi. Rasanya tidak terlalu lambat untuk kembali ke pangkal dan memohon maaf, kenapa payah sangat untuk memohon kemaafan sedang itu kesalahan kita, mengapa?keras sangatkah hati itu, moga Allah lembutkan hati-hati yang diuji Allah ini.

No comments: