Sunday, October 11, 2009

penyakit hati...

Banyak orang telah kutemui dalam kehidupan ini. Jika ditanya malaikat di dalam sana bagaimana aku berdakwah kepada manusia? pasti aku ada jawapannya, moga2 jawapan tersebut adalah hasil kebenaran yang diperolehi bukan penambah perisa sakit di sana nanti. Ingati mati kerana itu ubat kepada keterlonjakan nafsu. Nafsu? makhluk pelengkap kepada manusia, jika tidak ditarbiah sebaiknya rosaklah manusia tersebut. Ramai juga yang kukenali mendamba pada nafsu yang satu, cepat2 diminta bertaubat sebelum kematian datang menjemput. Tatkala ia datang tanpa penyelamat yang dapat meletakkan diri ditempat yang selesa. Tubuh terkujur menunggu masa untuk disimpan.


Dalam hidup apa yang tidak puas dinikmati oleh manusia adalah ilmu dan wang. Manusia akan bekerja demi untuk wang, juga akan bertungkus-lumus mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu. Niatkan keduanya ini demi Allah pastinya dan demi amalan yang terbaik bakal diberikan kepada masyarakat bukan untuk kemegahan diri. Jika tersalah niat maka segala amalan yang dilakukan selama ini akan hancur berkecai.


Hidup perlu pergaulan, jika tidak pandai untuk menjaga perasaan sesama sendiri maka tinggallah jauh dari manusia, anda bersama makluk lain umpamanya. Lantaran tidak reti untuk berlaku sesama sahabat, rakan sepejabat, jiran, adik-beradik dan anggota sejemaah. Jangan cepat terperasaan dalam apa jua situasi, dia suka padaku? atau dia dengki padaku, cuba tilik pada diri kita. Sebenarnya perasaan itu bermula dari siapa dan tetiba dilemparkan kepada orang yang anda sukai. Maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku lantaran cela-mencela dari arah belakang.


Fitnah. Satu perbuatan kepada asap-asap keganasan bakal mengeluarkan api yang bakal memadamkan manusia yang berdekatan. Hangus jika dibairkan maka air keimanan perlu dipancutkan. Dunia yang penuh kefitnahan akan menyebabkan umat Islam terus ketinggalan dari arus dunia. Kerana berada pada tahap hati berdendam tanpa henti. Jauhkan dan hindarkan dari perkara tersebut, hanya bermain dengan syaitan dan iblis semata beserta manusia yang berjiwa jahat.


Jauhkan dari pelbagai fitnah denga tetap menegur atau arikan diri darinya, jika terbakar akan memakan diri. Amalan 3 kul menjadi pagaran diri yang paling sempurna ajaran Penghulu segala penghulu Rasulullah S.A.W.

No comments: