Wednesday, October 7, 2009

Pujukan atau rayuan

Konsep pujuk atau rayuan merupakan senjata yang paling ampuh digunakan dalam situasi-situasi tertentu. Di dalam Surah an-nahl Firman Allah yang bermaksud:
"Serulah manusia ke jalan Allah dengan hikmah dan peringatan yang baik serta berdebat adalah yang paling baik". Hikmah disini boleh kita tafsirkan dengan pelbagai cara yang lembut dapat diterima oleh pendengar atau mad'u kita sebaiknya. Tidak melampau kiranya kukatakan pujuk atau rayu merupakan satu hikmah dalam memujuk manusia ke jalan Allah.


Konsep pujuk-memujuk tidak digunakan semata pada jalan dakwah tetapi dalam proses pemulihbaikan antara persahabatan. Terkadang cara yang digunakan sedikit tersasar dari matlamat. Pujukan dan rayuan demi isteri menerima bermadu atau memujuk sahabat untuk 'mengira' dengan seseorang yang dia sukai atau sebagainya. Kita pandai menggunakan konsep pada perkara yang kita sukai tetapi dalam memujuk seseorang untuk mengenali Islam dengan lebih dekat kita tidak pandai gunakan kepakaran tersebut. Ilmu yang ada tidak kita gunakan pada jalan yang sepatutnya. Di situ kerugian telah berlaku.


Rayuan tidak kita gunakan untuk mengatakan kita yang silap, apa salahnya untuk kita merayu untuk seseorang mengampuni kesalahan kita. Ye..kita hanya merayu kepada Allah Taal kerana kita pasti Allah akan mengampunkan kita. Kesalahan kepada Allah kita akan punyai waktu untuk menyesalinya tetapi kesalahan kita dengan makhluk bagaimana rupanya. Seandainya hubungan kita dengan Allah ada cacat cela maka hubungan kita sesama makhluk atau manusia ada cacatnya juga. Aku mengenali seorang ustazah yang mengajar balaisah ke rumah ke masjid seorang yang agak tegas dalam pengajarannya. Pantang dalam pengajarannya orang mencelah, maka pendengar hanya mampu mengangguk dan mendengar dengan tekun. Aku thiqah pada ilmu yang ada tetapi sedikit tercalar dengan pergaulannya dengan orang. Dia amat jarang untuk menegur sahabat disekeliling dengan bahasa percakapan yang baik. Maka bagiku sikapnya itu amat merugikan, sepatutnya dia menjadi pengajar yang baik, boleh bergaul mesra dengan anak muridnya. Ye manusia tidak akan terlepas dari sifat yang kurang, tetapi kekurangan boleh diperbaiki.


Konsep rayuan atau pujukan sepatutnya digunakan pada jalan yang boleh menguntungkan Islam bukan keuntungan diri dan peribadi. Amalan baik hanya akan dibayar Allah Taala tatkala kita amat memerlukan kebaikan untuk tiket memasuki syurgaNya.

No comments: