Thursday, October 1, 2009

Bila difikir-fikir

Selepas Ramadhan kerjaku mengadap buku Undang-undang yang perlu aku habiskan sebelum 9 Oktober. Pada 9 Oktober aku akan menghadapi peperiksaan. Apabila usia semakin meningkat kepala semakin susah untuk pikat(lekat). Antara madah (subjek) yang aku perlu hadapi adalah madah Undang-undang Kelaurga Islam. Wahai sahabatku yang ingin berpoligami dan beria-ria ke arah itu, poligami bukan suatu perkara yang senang untuk difikirkan, kerana ianya memerlukan komitmen dari kalian. Harus mendapat redha dari keluarga sebelah perempuan dan isteri sedia ada. Kalau anda memikirkan keselesaan yang sekejap anda berfikir silap. Anda memerlukan redha semua pihak baru anda akan hidup sebahagianya.


Tadi aku bertemu dengan antara sahabat yang baru melangsungkan perkahwinannya yang kedua. Beliau berjaya melaksanakan hajatnya untuk berpoligami. Aku tanyakan padanya adakah mendapat restu dari pihak isteri yang sedia ada, beliau berkata kami makan setalam dan berada dalam satu kereta. Tahniah! sahabatku ini akan berjaya melaksanakan keadilan dalam berumahtangga.


Bila ditilik apa yang aku pelajari dan aku baca darihal undang-undang keluarga Islam ini, perihal poligami merupakan satu isu yang ramai orang lelaki tidak mampu mengemudi bahtera rumahtangga sebaiknya. Kiranya anda tidak berlaku adil dalam satu isteri maka cukuplah hanya satu isteri anda miliki. Kerana anda berdepan dengan amanah yang tidak pasti Allah gemar untuk menghisabnya. Cuba guna iman jangan nafsu dalam menilai tindak-tanduk yang kita kendalikan dalam hidup. Hidup ini perjuangan, benar tetapi perjuangan bersandarkan Iman dan Taqwa.

Hidup pastinya ada ujian, Rasul diuji untuk kemantapan keimanan kepada Allah. Jika tidak diuji kita terasa betapa Allah meng ignore kita dan seolah-olah tidak dipedulikan. Sepatutnya kita merasa takut. Rasul yang paling teruk diuji adalah Rasul 'ulu Azmi. Maka kita perlu berhusnu zhon bila banyaknya ujian maka kita ditingkatkan Allah keimanan yang ada. Bila diuji maka lidah, hati dan anggota kita secara automatik memuji Allah, bertasbih dan bertahmid padaNya. Jangan anggap diri anda lemah kerana ujian kerana sehebat-hebat ujian adalah hamba yang bakal diangkat darjatnya di sisi Allah InsyaAllah.

No comments: