Wednesday, October 14, 2009

tahap pemikiran = tahap pengajian?

Ilmu suatu perkara yang amat penting, ayat pertama yang diturunkan Allah Taala adalah Sural al-'alaq, bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan. Maka pengajian merupakan alat untuk mengetahui segala perkara yang Allah jadikan. Ilmu Allah amat luas, kiranya dikumpulkan pokok-pokok sebagai pena dan lautan sebagai dakwat maka tidak kehabisan untuk menulis ilmu-ilmu Allah yang ada di muka bumi dan alam. Mencari ilmu tidak semestinya melalui pengajian formal di sekolah, pondok, universiti dan sebagainya. Ilmu boleh didapati di mana jua, menuntutlah dengan keikhlasan yang mungkin melalui tadahan kitab atau pengalaman hidup diri dan orang terdekat. Semakin berilmu semakin warak dan beradab seseorang itu. Rasulullah merupakan contoh ideal bagi kaum manusia tentang kewarakan dan beradabnya baginda.


Maka ilmu dan adab juga tidak boleh dipisahkan. Semakin tinggi ilmu seseorang itu (bukan maksud di sini berijazah atau berPHD) semakin beradab seseorang itu. Persolaan yang sering kali timbul, orang yang berijazah tapi berperangai sebaliknya adab yang melampau tatsusila masyarakat Malaysia. Mahasiswa ditangkap berpeleseran dan melakukan jenayah. Kemungkinan tiada keikhlasan untuk menuntut ilmu tetapi beringinkan ijazah semata. Hanya niat masing-masing dalam diri seseorang itu menyebabkan hasil yang diperolehi tatkala kejadian buruk berlaku walau dia berpangkat ijazah. Allah jua yang mengetahui apa yang ada dalam dirinya.


Semakin tinggi orang itu berilmu semakin tinggi keimanan yang bakal diperolehi (benarkah pernyataan ini). Sepatutnya ilmu lebih meningkatkan lagi keimanannya. Tetapi tidak semestinya ilmunya tinggi tetapi imannya setahap keilmuannya. tetapi dengna ilmu yang ada dia tahu apa yang dilakukan itu benar atau salah. Orang yang tahu tetap melakukan kesalahan pastinya akan ditempatkan Allah tempat yang seajarnya akhirat kelak.


Maka jangan terlalu jumud dengan fikiran daya ilmu dan pemikiran perlu diluarkan tanpa kiraan tahap keilmuan yang ada. Kalau rasa tidak tahu maka carilah peluang untuk tahu. Anda tidak rugi dan Allah akan menfaqehkan lagi keilmuan yang sedikit menjadi berganda. Sekiranya sesuatu masalah terbit maka jangan memikirkan dengan sempitnya ilmu kita tetapi berfikir dengan kecilkan masalah luaskan peluang untuk menyelesaikan masalah. Anda berpeluang sebenarnya dan yakinlah dengan diri bahwa anda boleh maju seperti orang lain. Husnu zhon (sangka baik) tidak merugikan malah memberikan kejayaan buat diri khususnya.

No comments: