Wednesday, October 22, 2008

Bersin dan nikmatnya

Bersin adalah perkara yang disukai oleh Allah dan ianya datang dari Allah. Setiap manusia dikurniakan nikmat ini kerana denan bersin, seseorang itu lebih sihat dan cergas. Apabila bersin seseorang itu dapat menjauhkan penyakit yang ada di dalam tubuhnya.

Maksud hadis:Daripada Abi Hurairah RA berkata:Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bersin adalah daripada Allah dan menguap adalah daripada Syaitan, maka apabila menguap salah seorang daripada kamu, maka letaklah tangannya di mulut. Apabila ia berkata ketika menguap:Ah!ah! Maka sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap".

Hikmat bersin hanya diketahui oleh Allah dan memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan nikmat ini semoga ianya mendatangkan faedah yang begitu besar kepada manusia.

Adab-adab yang dijelaskan oleh Islam semasa berikut:

1-Meletakkan tangan ataupun kain di mulut dan hidung

Maksud hadis Daripada Abi Hurairah berkata: sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda bersin akan menutup mukanya dengan tangan ataupun bajunya dan merendahkan suaranya (bunyinya)

-riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi-

2-Merendahkan suara

3-Mengucapkan" alhamdulillah"

4-Mengucap "Yarhamukallah"

5- Tidak menjawab "Yarhamukallah"


Tidak mengucapkan "Yarhamukallah" bagi mereka yang tidak mengucapkan "Alhamdulillah" semasa bersin sebagaimana hadis Rasulullah yang berbunyi :

Daripada Abi Musa berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang kamu bersin, maka ia mengucapkan "Alhamdulillah", maka berdoalah kepadanya dengan (Yarhamukallah), jika ia tidak mengucap (Alhamdulillah) maka janganlah mendoakannya."

Daripada Anas berkata, " Dua orang lelaki telah bersin di sisi Rasulullah, maka Baginda berdoa dengan "Yarhamukallah" bagi salah seorang daripada mereka dan tidak berdoa (mengucapkan "Yarhamukallah") kepada seorang lagi.Lelaki (yang tidak diucapkan "Yarhamukallah") bertanya: Wahai Rasulullah! Kamu mengucapkan "Yarhamukallah" kepada lelaki tersebut dan tidak mengucapkan kepadaku! Baginda bersabda: Sesungguhnya lelaki tersebut mengucapkan "Alhamdulillah" dan kamu tidak memuji Allah (mengucapkan "Alhamdulillah')

-riwayat Bukhari dan Muslim-

Telah berpendapat sesetengah ulama' bahawa di ucapkan "Yarhamukallah" sekalipun tidak mendengar suara ia mengucapkan "Alhamdulillah". Mengucapkan "Yarhamkallah" sekiranya menyangka bahawa mereka mengucapkan "Alhamdulillah" dengan melihat mulutnya bergerak ataupun kebiasaannya orang mengucapkan
"Alhamdulillah" selepas bersin.

6-Mendoakan bagi orang yang bersin sebanyak tiga kali sahaja

7-Tidak mengucapkan "Yarhamukallah" bagi orang bukan islam

8-Mengingatkan mereka yang lupa mengucapkan "Alhamdulillah"

9-Bersyukur kepada Allah

No comments: