Monday, October 13, 2008

Hak-hak muslim terhadap saudaranya

1-Menjaga rahsia adalah amanah
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Jika bercerita seorang saudara kepada saudaranya kemudian saudaranya itu merahsiakan dia dikira amanah"
-dikeluarkan oleh Tirmizi


Apa sangat merahsiakan apa yang diperkatakan oleh sahabat, cuba kita tutup mulut dari mengata aib sahabat, tidak rugi kerana jika kita menutup aib sahabat maka Allah akan menutup aib kita. Suatu perkara yang susah juga untuk tidak berkata kerana resam lidah adalah bercakap hal orang lain tapi rahsia kita? Semestinya ditutup serapat-rapatnya. Maka resam yang tidak baik ini perlu dijauhi, cuba andaikan sekiranya rahsia kita dibongkarkan orang walaupun rahsia tersebut telah diMOUkan agar tidak diwar-warkan tetapi tetap juga berlaku, lantaran kita tersilap memilih orang untuk kita luahkan rahsia tersebut? Maka cuba-cubalah bersikap untuk membisu sedikit dari bercakap keterlaluan? Banyak cakap banyaklah silapnya, banyak silap banyaklah dosanya, banyak dosa? pengakhirannya ... (na'uzubillah).

2-Sentiasa redha dengan sahabatnya
Miliki hati yang bersih terhadap sahabat. Walaupun sahabat memiliki pangkat yang lebih tinggi, harta yang sedikit banyak, kehebatan berada di depan khalayak, dikenali, disukai ramai, cuba bersikap positif dengan kecapaian anugerah Ilahi kepadanya. Kerana kehebatan semuanya dari Allah. Mengapa perlu ada sikap irihati atau hasad terhadap kejayaan sahabat? Dan sepatutnya kita sama-sama bersyukur dan sentiasa berdoa demi kesejahteraan sahabat dan akan menegurnya sekira sahabat tersilap. Kita mudah untuk merasa irihati atas kehebatan sahabat tapi payah untuk menegur sahabat sekiranya sahabat melakukan sesuatu yang luar kawalan.

3-Muslim perlu mencintai kebaikan yang ada pada sahabat walaupun sahabatnya itu tidak memberi kebaikan kepadanya.
Rasa susah sedikit untuk ku huraikan maksud ayat ini. Terkadang aku juga memerlukan kebaikan dari sahabat? Jauh lagi menjadi sahabat yang berkualiti mengikut kehendak Islam. Jangan mengharap kebaikan sahabat untuk kita terus menjalinkan persahabatan, kemungkinan kebaikan padanya tiada, tidak pernah belanja kita makan, tidak pernah menghadiahkan sesuatu, tidak pernah menegur kesilapan yang kita lakukan, tidak pernah jadi imam jika solat bersama, tidak pernah menghulur wang minyak jika keluar bersama dan sebagainya yang tidak tertulis jika ditulis, namun mungkin juga sahabat yang tiada kebaikan di mata kasar ini sentiasa berdoa kepada kita? Mungkin doanya dimaqbulkan Allah walaupun tiada kebaikan yang kita dapati darinya (yang bersifat material).

Namun begitu jika kita merasakan persahabatan ini perlu diteruskan demi setiap mukmin itu bersaudara maka give n take perlu dalam jalinan persaudaraan ini. Sayangilah dia kerana Allah Taala. Ya sahabat, sepertimana Ustaz Yahya Othman sentiasa melukirkan kata "ana uhibbukum fillah" dan taraf mukmin jika ingin digelar mukmin semestinya lafaz ini di bibir kita. Buat ahli usrah i-j (bila nak cari nama yang sesuai ye, guna dulu nama ini sebelum dapat nama yang sesuai) ingin ku lafazkan buat kalian "ana uhibbukunna jami'an fillah" moga usrah kita semakin mantap dan syukran jazilan atas segalanya.

1 comment:

uwais said...

salaam
mabruk :)
ahlan ke dunia blog.
siru 'ala barakatillah !