Wednesday, October 22, 2008

Semakin bertambah atau mengurang

Bulan Oktober 2008 genaplah 2 tahun permukimanku di bumi kelahiranku. Maka dalam tempoh yang singkat ini pelbagai ilmu, kenangan, semangat, pengalaman yang kualami. Rasanya diri amat bertuah kerana berada dalam jemaah (tetap) dan niat ini akan kekal selamanya. Dalam mengharungi kemungkinan-kemungkinan untuk tidak berada di luar menyebabkan aku terus berada di sini, untuk bersama muslimat Kelantan memberi penerangan kepada masyarakat kelantan khususnya muslimat.

Aku tidak ditakdirkan untuk menjadi pembantu atau pegawai halaqat, walau sesekali turun untuk mengajar masyarakat kampung. Apabila diminta untuk memberi pengisian kepada muslimat, maka kubelekkan juga kitab-kitab yang ku bawa balik berkotak-kotak itu. Tapi apabila ku berada di pejabat contohnya, kitab itu tinggal saja di rak yang di buat khususnya oleh Babaku untuk menempatkan kitab yang banyak dan pelbagai. Maka semakin bertambahkah keilmuanku apabila kitab tersebut hanya dijadikan tempat renungan?

Aku cuba untuk kembali mengadap kitab, cuba mencungkilkan ilmu yang ada pada penulis yang tersohor di alam dunia Islam juga dunia amnya. Kali ini pada tajuk kitab yang bertajuk "Alusrah muslimah fil 'alam almu'asir" keluarga muslim masa kini. Karangan Al-Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili, ulamak kontemporari. Bakal diulas pada tulisan akan datang. Moga memberi pedoman kepada kita semua dalam membentuk keluarga bahagia peranan utama suami dan isteri, bukan isteri sahaja dan bukan suami sahaja yang bertanggungjawab mengemudi keluarga, tetapi keduanya perlu berganding bahu memantapkan keluarga yang dibina bersama.

No comments: