Saturday, October 11, 2008

Seni bermuamalat sesama manusia

Sahabat dari Bumi Kinanah menghadiahkan kutaib (buku kecil) kepadaku demi Bahasa Arabku tidak tinggal kerak, maka inginku berkongsi dengan sahabat tentang buku kecil yang sarat dengan ayat Al-Quran dan hadith tentang bagaimana cara interaksi sesama kita. Buku yang ditulis oleh Ustaz Wajdi Ghanim ini mengatakan bahawa kejadian kita bukan sahaja untuk beribadat kepada Allah malah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjaga pertalian sesama kita. Larangan riba kerana ia membebankan, apabila berniaga perlu bersikap amanah, suasana di dunia perlu dipercantikkan demi keselamatan di akhirat esok. Tok Guru Nik Aziz selalu berpesan kepada rakyatnya apabila kita musafir ke Kuala Lumpur kita tidak menyediakan bekalan kerana di tengah perjalanan kita akan dapati makanan di kedai-kedai sepanjang perjalanan, tapi suasana akhirat bukan begitu. Dunia tempat untuk mengaut segala pahala (yang tidak dapat dilihat) dan akhirat bayaran pahala untuk memperolehi syurga (dengan syarat memperolehi rahmat dari Allah).

Ustaz Wajdi Ghanim membawa pembaca agar menghayati erti kita sebagai orang Islam yang bermakna penyerahan, kepatuhan, ketaatan secara mutlak hanya kepada perintah yang datang dari Allah Taala. Tanda penyerahan tersebut bukan sahaja berkata لا اله الا الله محمد رسول الله sahaja malah para penganut Islam perlu melakukannya tanpa pilihan, solat lima waktu, berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturrahim, berbaik dengan jiran, makanan yang baik (halal). Sebagaimana firman Allah Taala

انما كان قول المؤمنين اذا دعوا الى الله ورسوله ليحكم بينهم ان يقولوا سمعنا واطعنا واولئك هم المفلحون


Bermaksud:
Jawapan orang-orang yang berimana itu apabila mereka dipanggil Allah dan RasulNya, supaya berhukum (diputuskan perkara) di antara mereka iailah: Kami dengar dan kami patuhi. Itulah orang yang beroleh kemenangan

Sekiranya anda seorang muslim, adakah anada akan menyerahkan segala urusan dunia anda kepada Allah Taala atau separuh sahaja?Adakah anda hanya memilih Islam yang sesuai dengan jiwa anda?

Apabila kita masuk Islam kita perlu masuk secara totaly bukan separuh-separuh sahaja. Buku kecil ini terlalu berharga apabila diteliti dan difahami. Semoga perkongsian sedikit ini memperoleh ganjaran sebaiknya dari Rabbul Izzati.



bersambung

No comments: