Wednesday, October 15, 2008

Mampukah menjadi pemimpin yang baik?

Setelah mengikuti ceramah dari YAB Mohamad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak sebentar tadi terdetik di mindaku betapa susah dan payahnya untuk melaksanakan tugasan sebagai pemimpin kepada makhluk bernama manusia. Menurut YAB IR Nizar walau sempit kami hadapi tetapi rasa sempit itu lebih dirasai oleh YAB Dato' Tuan Guru kerana semasa menjadi MB, beliau keseorang, ditekan oleh raja, UMNO negeri dan pusat. Betul aku turut merasakan begitu.Tekanan yang Perak hadapi tidak sehebat Kelantan yang satu ketika dulu bersendirian (satu-satu negeri Pembangkang). YAB MB Perak juga mengungkapakan betapa Tok Guru bersendirian ketikamana mesyuarat Menteri-Menteri Besar, sekarang ini punyai MB dari PAS, PKR dan DAP. Itu adalah suatu contoh yang pimpinan tunjukkan kepada kita, betapa hebatnya kita menghadapi kesusahan tapi lebih hebat lagi pimpinan atas kita menghadapinya. Maka jangan mudah mengeluh atas apa yang Allah tentukan. Maka keterlibatan ukhuwwah Islamiah penting demi mengharungi pelbagai karenah dari kawan maupun lawan dalam menaikkan Islam sebagai tunggak.

YB K'zailah pernah menasihati kami (sesama aku berada di bumi Kinanah (Mesir)) untuk matang dan masak dalam perjuangan memerlukan masa yang agak lama (bergantung kepada kejituan minda pejuang tersebut) seperti ubi yang hendak di makan perlu direbus terlebih dahulu, dalam proses perebusan tersebut ubi perlu masak dengan sebaiknya. Maka itulah pejuang untuk jadi pejuang yang sebenar pejuang perlu mengalami proses-proses tarbiah. Usrah, tamrin, qiamullail, iqab (denda) dan sebagainya perlu dilalui oleh pejuang yang ingin menjadi pejuang.

Di alam kampus aturan tarbiah telah dilalui sebaiknya, tapi apabila berada di Malaysia tergagau seketika untuk melestari sebuah pertarbiahan, maka setiap program parti, qiam dan sebagainya perlu diikuti. Konsep denda tidak dikenakan, mana mungkin lewat hadir usrah denda RM50 dipraktik, tapi tak tahulah kiranya ada usrah yang berbuat demikian. Konsep denda ini telah dibuat oleh Rasulullah kepada sahabatnya Mus'ab (betul ker?)yang tidak keluar berperang. Mus'ab didenda selama 4 bulan, semua orang tidak dibenarkan bercakap dengannya hingga turun ayat mengilangkan denda kepadanya (selepas bertaubat dan menyesali akan perbuatannya). Konsep denda perlu di praktikkan, contoh kiranya kita tertinggal solat dhuha maka diiqab buat diri dengan istighfar 100x sebagai contoh. Iqab penting bagi pejuang agama Allah khususnya kita sebagai ahli PAS. Dan semoga perjuangan yang kita pilih ini akan bersama kita hingga akhir hidup selagi mana Islam menjadi tunggak utama PAS.
Sehingga berjumpa nanti

No comments: