Thursday, November 20, 2008

Berubah demi perubahan

Khamis yang basah. Hujan turun tanpa henti bermula dari semalam. Namun tulisan ini tetap diteruskan demi idea perlu digarap untuk tidak dikeringkan. Perbincangan dengan penggerak parti tadi tetiba menyebabkan minda ini terus bergerak-gerak memikir dan berfikir tentang pokok isu yang diketengahkan.

Perlukah berubah untuk satu perubahan? Dulu aku lain sekarang aku terus-terusan berlainan. Berubah dari penampilan, gaya berfikir, gaya hidup dan sahabat sekeliling? Perlu atau tidak, tepuk diri tanya iman masing-masing.

Dengan status ijazah dan pimpinan pelajar satu ketika dahulu menyebabkan parti mengangkat dengan meletakkan seseorang individu tersebut di tempat yang elok. Dalam pimpinan parti umpamanya. Aku melihat (dari pandanganku) muslimin meletakkan perkara ini sebagai aula, tapi sebaliknya di pihak muslimat. (Mungkin membangkitkan isu dengan tulisan ini) Tidak mengapa rasa minda perlu diluahkan.

Dalam proses pertarbiahan walau setinggi mana pangkat seseorang, dia perlu bermula dari tahap amilin (pekerja), selepas mengikuti beberapa siri pertarbiahan, pangkatnya secara perlahan akan dinaikkan. Contoh pelajar kampus yang baru graduan perlu bermula dari bawah dalam parti umpamanya, melakukan kerja-kerja seperti kutip sampah, sediakan minuman, ajk bawah, susun kerusi dan seumpamanya. Pelajaran ini tidak akan kekok buatnya jika dia dinaikkan tahap ke pengerusi majlis, penceramah, setiusaha DUN atau kawasan, muslimat atau pemuda atau ulamak. Pernah terkeluar dari kalam seseorang sahabat, naik tinggi-tinggi jikalau terjatuh tidak terbangun, membahayakan dirinya dan parti. Kita takut ada sahabat yang mutaasaqitun 'ala toriki da'wah, na'uzubillah.

Sahabat sekeliling tidak perlu kita ubah dengan drastik, cari sahabat yang boleh menegur bukan, berani menegur dan mengubah kita ke jalan yang lebih baik. Walau susah untuk dicari sahabat seumpama ini tapi usaha untuk mencari sahabat seperti ini. Tidak rugi sakit hati bila ditegur tapi akan bermasalah sekiranya kita terus bengkok pada jalan yang lurus.

Aku terkadang dalam dilema apabila perkara ini ditimbulkan. Aku berjumpa dengan sahabt-sahabat yang baru (dalam perkenalan), sahabat sekampus, seuniversiti ramai yang terbang mengisi kekosongan jawatan dan matlamat hidup. Maka terkontang-kanting juga dalam memulakan persahabatan. Tapi aku tidak kerugian kerana di sekelilingku adalah mereka yang membangunkan Islam di Kelantan khususnya, alim dalam parti. Alhamdullilah pujian jua pada Allah. Tapi bagaimana sahabatku yang berada di jalan yang benar (dalam parti yang betul) tapi tersesat dalam mengendalikan peraturan hidup. Walau mereka orang yang berijazah, berilmu, berketrampilan dan berstatus. Inginku tegur maka kutegur melalui tulisan ini. Jangan sampai kita berubah menyebabkan keketaraan yang melampau. Jika ada sahabat yang menegur itu tanda kita masing disayangi oleh sahabat, cuba jangan tidak mengendahkan segala nasihat, kerana sahabat yang cuba menasihati kita adalah sebenarnya sahabat.

1 comment:

Anonymous said...

Satu penulisan yang baik. Menunjukkan penulis yang peka dengan persekitarannya.

Begitulah lumrahnya.. lain padang, lain belalang. yang penting, bagaimana meraikan perbezaan tersebut. Kita dengan pandangan kita, mereka dengan pandangan mereka. Sekiranya telah ditegur masih begitu, kitalah yang perlu menyediakan ruang dan jalan agar pandangan dan perlakuan mereka yang berbeza itu bisa duduk semeja dengan pandangan dan perlakuan kita. Jangan esok, lusa bila mereka menghadapi masalah, kita hanya melihat dan dalam hati berkata.. 'kan aku dah kata..'. Mungkin ini yang dikatakan mso tentang MB Kedah dalm menghadapi kecelaruan politiknya hari ini. Wallahu'alam