Wednesday, November 5, 2008

HAMKA

"Jangan takut jatuh kerana yang tak pernah jatuh memanjatlah yang tak pernah jatuh.
jangan takut gagal kerana yang tak pernah gagal hanyalah orang yang tak pernah cuba melangkah.
Jangan takut salah kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua"

Perasaan jatuh dan gagal pernah kurasai ketika belajar, bukan dialam persekolahan di bumi Malaysia tapi Ardhu Kinanah Mesir. Merasai kegagalan di tahun pertama. Perit amat terasa dengan perasaan yang tak dapat digambarkan. Namun dengan kegagalan tersebut rasanya hati lebih cekal untuk mencuba dan terus mencuba demi meraih kejayaan. Ujian kegagalan adalah untuk memantapkan hati, tapi ujian persahabatan dan ukhuwwah adalah sehebat ujian juga. Terkadang boleh diharungi tapi terkadang kalah dengan dugaan yang melanda. Tapi proses tersebut akan Allah datangkan demi mengangkat hambaNya ke martabat yang lebih tinggi.

1 comment:

pecinta kedamaian said...

Hablum minnannas melibatkan persepsi. Setiap kita melihat sesuatu perkara bergantung kepada persepsi masing-masing. Cara didikan dan keadaan persekitaran yang berbeza menyebabkan persepsi yang berbeza. Untuk melihat sesuatu dari kacamata orang lain adalah tersangat susah, kecuali bagi yang benar-benar mahu memahami.. Mengenali sebaik mungkin
(ta'aruf) asas kepada ukhuwwah itu sendiri. Masa terlalu cemburu kepada manusi.. atau manusia yang sebenarnya gagal menguruskan masa tersebut???