Tuesday, April 28, 2009

Isu bertambah sempena muktamar?

Lantaran isu yang dikeluarkan oleh ustaz Nik Abduh terasa kepanasan semuala isu muqabalah yang asalnya dari muzakarah yang diingini oleh UMNO. Muqabalah (pertemuan) yang diminta dari UMNO di pause sekejap oleh pimpinan PAS. Semuanya ada pandangan masing-masing, tetapi keputusan majlis syura adalah yang perlu dipakai dan diguna serta diwala'kan. Kata-kata atau pandangan dari bawah boleh dikeluarkan tetapi jangan sampai mengubah wala' dan thiqah kepada pimpinan atasan.

Aku bersetuju dengan pandangan Ustaz N. Abduh tentang perbincangan yang dikeluarkan dari blognya. Dan ada juga yang mensyarahkan matan yang dikeluarkan. Kita hanya boleh bersetuju atau tidak, terserah. Kiranya ada hujjah sila keluarkan, tidak bermasalah. tetapi jangan sampai isi yang diketengahkan menyebabkan antara kita berpecah. Mazhab terbentuk lantaran pandangan yang berlainan. Rasulullah ketika hidupnya adalah pentafsir kepada hukum dan masalah yang timbul. Ketika ketiadaannya ulamak mengeluarkan pendapat (ijtihad), maka kita hari ini menggunakan pandangan mereka yang diiktiraf. Dimana-mana organisasi akan berlaku percanggahan pandangan, maka kita memerlukan ilmu untuk berhujjah. Hujjah ma'qul (diterima) maka InsyaAllah diterima.

Dan sebelum kita menghentam pandangan seseorang sepatutnya ada ilmu untuk diri kita untuk kita perdalamkan perbahasan tersebut. Aku juga bersetuju dengan ustaz pada

"Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.


Sedikit kita belajar tentang ilmu agama terus kita mendabik dada dengan mengeluarkan hukum yang rasa sesuai dengan rasa kita. Ilmu agama diperolehi dengan cara yang bukan mudah, menadah kitab dengan tok guru berzaman terkadang tidak mampu juga untuk berijtihad, maka susunan ilmu yang ada untuk berijtidad telah ditetapkan dalam fiqh. Sekurangnya kena ada 14 ilmu, bukan hanya faqeh dalam usuluddin semata atau syariah semata. Ilmu kedua usuluddin dan syariah perlu sebati. Bahasa arab ditahap boleh membaca kitab, memahami dengan kjelas nahu dan sarofnya, dan pelbagai lagi ilmu yang tidak akan disebut di sini.

Aku thiqah dengan pimpinna yang ada, kiranya aku terasa wala'ku menghampiri penghujung maka kuperbaiki wala'ku kerana aku takut Allah menghancurkan parti Islam lantaran wala' yang makin terjejas dari kalangan ahli.

No comments: