Wednesday, April 29, 2009

Perangai muslim di rumah

Kitab yang dikarang oleh Ustaz Wajdi Ghanim tentang perangai seorang muslim di rumah, telah digarap dengan sebaiknya. Ibubapa memain peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak di dalam rumah, kebersihan, pengurusan, adab dan sebagainya. Pengurusan rumahtangga perlu diajar kepada anak-anak, contohnya mengemaskan tempat tidur setelah bangkit dari tidur, mencuci pinggan atau gelas selepas digunakan, tidak membuang kertas coklat merata-rata, menolong ibubapa di rumah dan sebagainya. Jika melihat anak-anak di depan televisyen contohnya jangan dibiarkan terus. "Along tengok tv hanya 1 jam, lepas itu ulangkaji pelajaran atau bantu ibu didapur", contohnya.

Aku punyai adik-adik lelaki yang ramai (3 sahaja) maka amalan mencuci gelas atau pinggan yang telah digunakan telah kupraktikkan lama dahulu. Memang menjelmakan kemarahan pada mulanya, yelah hampir hari-hari memperingatkan lepas makan basuh/cuci,tetapi ajaran tersebut lekat juga dengan diingatkan setiap hari.

Kita melihat kaum lelaki di Kelantan membiarkan urusan rumahtangga diserahkan seratus peratus kepada kaum wanita, tidak sepatutnya ia berlaku. sepatutnya kaum lelaki atau kaum bapa menjadi penolong yang setia kepada isteri atau ibu atau kaka atau adiknya pengurusan di rumah. Aku rasa pekerjaan di luar rumah tidaklah memenatkan sangat jikalau hanya bekerja dalam penghawa dingin, tidak keluarkan peluh. Maka peluh dan tension perlu dilakukan di rumah. keluarkan peluh dengan menggosok baju, menyapu rumah dan seumpamanya. Apa salahnya membantu isteri memandikan anak, tidak salah dan tidak akan menjatuh status anada, malah mengeratkan hubungan antara suami isteri dan akan memahami perasaan seorang isteri suri rumah.

Kerja suri rumah adalah kerja 24 maka hargai isteri anda, ibu anda sebaiknya. Hadith Nabi yang bermaksud "Jangan menjadikan rumah kamu kubur" maka maksud hadith ini jangan sunyikan rumah kita dengan tidak adakan solat, solat-solat sunat (sunat di rumah dan wajib di masjid untuk kaum lelaki khususnya)zikir, ingatan dan sebagainya. Jika ada tetamu yang datang ke rumah kita maka rai mereka sebaiknya. Kerana tetamu mendatangkan rahmat dan mengeluarkan bahana. Pepatah arab ada menyatakan (khatiru rramad) banyak abu kerana tetamu ramai dikatakan tuan rumah tersebut seorang yang pemurah.

Hendak merealisasikan sebuah hadith bukan suatu yang mudah, tetapi kita boleh meralisasi dengan cara yang beransur-ansur. Sematkan tekad laksanakan hukum, moga jadi satu cara kehidupan yang bertunjangkan Al-quran dan Sunnah.

1 comment:

uwais said...

alhamdulillah 6 lelaki kelantan rumahku nk vote tak masuk senarai k lenny yg serah kijo rumah ke wanita sj. hehe. kijo rumah sikit sbnyk n urus anak tu, biiznillah.
hik hik.
sesekali sempat baca tulisan k lenn..ngomen laa den. keep it up!