Tuesday, April 21, 2009

Yang pergi adalah kenangan

Semalam bersama AJK Muslimat Negeri kelantan dan AJK Tarbiah Negeri adakan bacaan yasin di rumah arwah Us. Wan Jamil di Wakaf Bharu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan. Kak Arniwati merupakan AJK Muslimat Negeri Kelantan, banyak memainkan peranan ke arah membangunkan Islam di Kelantan.

Inilah yang dapat dilakukan kepada Allahyarham dengan membaca yasin dan mendoakan agar rohnya dirahmati Allah, kiranya kita semasa hidup sentiasa berbakti kepada manusia, maka di hari kematiannya orang ramai akan turut bersedih dan mengiringi pemergian simati ke tanah perkuburan, tanda kasih dan sayang semasa hidup dahulu, juga turut mendoakan simati sentiasa.

Jika kita bermuhasabah sedikit, adakah di hari kematian kita nanti orang ramai turut mengerumi jenazah kita dan turut bersolat jenazah? Maka berbuat baik sesama insan itu yang paling utama, jika umat di bumi meredhai kita maka orang makhluk di atas turut meredhai kita. Jika kita tidak pandai untuk berbaik dengan orang maka akan kesepianlah hidup ini.

Saiyyidina Umar Ibn Al-khattab menganjurkan kita agar bermuhasabah selalu, setiap kali henda menutup mata mata maka kiralah sebanyak mana pahala telah dikutip pada siangnya, dan banyak mana kesalahan yang telah kita lakukan.
Hasiblah diri kita sebelum ajal mendatangi

No comments: