Sunday, April 26, 2009

kalah dalam menang

Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya ke peringkat final. Dengan kehadiran berpuluh ribu penyokong di Stadium Bukit Jalil menyatakan sokongan yang padu kepada pasukan Kelantan. Wakil kalah dengan penalti tetapi, kemenangan telah kita miliki dengan melangkah ke final. Dalam kita menghadapi kemenangan perlu diselitkan juga rasa kekalahan. Apa makna kalah dan apa makna menang. Semuanya ujian jika ia berlaku dalam hidup kita. Menang dan kalah adalah ujian dari Allah. Menang pastinya ada perasaan riya', ujub dan seumpamanya, minta dijauhkan. Kalah akan meningkatkan kualiti hidup dan motivasi makin meningkat. Dalam pengajianku di al-Azhar aku sentiasa bertemu dengan perkataan rosibah (gagal) dalam ujian. Tetapi dengan kekalahan tersebut aku bermuhasabah kenapa boleh gagal, maka bermula dari diriku dan hingga hubunganku dengan rakan taulan muhasabah tanpa henti. Ada kalanya satu hari suntuk bermuhasabah dengan kegagalan tersebut. Dengan kalah kita akan bermuhasabah, tapi dengan menang adakah kita akan bermuhasabah?

Dalam hidup pastinya akan bertemu dua lawanan ini, pastikan diri kita bersedia untuk menerima kalah atau menang tapi yang utama berlawan terlebih dahulu dengan segala persiapan yang padu. Jika kita kita dengan persediaan yang baik kita kalah dengan bergaya, kerana tawakkal diserahkan sekiranya usaha, doa dan tawakkal dilakukan.
Apa yang berlaku menjadi muhasabah kepada kita, adat pertandingan ada menang ada kalah, maka dengan kekalahan akan menambahkan lagi semangat yang ada, InsyaAllah.

No comments: